Ahmad Fadli KC : 05.2010 : Wiraku Berbaju Biru (untuk abang dan pakcik polis) (Uncategorized)

6 rangkap pantun di bawah telah saya sampaikan di Sudut Pemidato Penang pada 30 Mei 2010.

Dua rangkap pertama dipinjam dari buku Kurik Kundi Merah Saga terbitan DBP.

Apa guna pergi ke bendang,

Kalau tidak bertanam padi,

Apa guna senjata disandang,

Kalau tidak berani mati

Pergi ke kedai membeli arang,

Bawa dapur memasak kerang,

Apa guna birumu garang,

Kalau tidak menjaga orang

Wiraku berbaju biru,

Sukarnya menjadi dirimu,

Lindung negeri dari seteru,

Tegak kebenaran dedah yang tipu

Wiraku berbaju biru,

Kurangkan buat sekatan had laju,

Kurangkan tembak secara melulu,

Lebih-lebihkan tangkap yang perlu

Wiraku berbaju biru,

Sajak ini dengarnya lucu,

Mungkin sinis menusuk kalbu,

Ada juga macam sajak tak laku

Namun wiraku berbaju biru,

Kami tetap percaya padamu,

Kami akan tetap bayar cukai untuk bayar gajimu,

Don’t worry we still believe in you ! :-)