Ahmad Fadli KC : 11.2009 : Sepetang bersama Nurul Izzah Anwar yang manis (Uncategorized)

Sabtu lalu saya ikut serta program Young Professional Networking Session with KeADILan Leaders.

Dengar gah bukan nama programnya? Tapi saya bukanlah profesional macam peguam atau akauntan atau doktor.

Sepertiga hari dihabiskan tidur dan sepertiga hari lagi mengkayakan pemegang saham syarikat.

Walau apa pun, program yang saya sebut tadi dijayakan beberapa Yang Berhormat Parti KeADILan Rakyat.

(Disclaimer: I am not a political party member because most of the time I tend to be politically incorrect)

YB Nurul Izzah Anwar antara Yang Berhormat yang hadir.

Orangnya cukup manis. Punya kulit muka sangat halus dan cantik.

Jumpa Nurul Izzah secara daging (in flesh) ingatkan saya kepada masa lampau .

Dulu saya minat perempuan macam dia.

Bertudung ayu, nampak bijak, petah berkata-kata dan tak mudah digoda 🙂

Saya minat perempuan macam dia sebab saya tak pernah pacaran dengan perempuan macam dia.

Tapi saya tahu tak akan ada rasi . Fikrah berbeza.

Dia ahli politik. Perlu undi dan dokongan ramai orang untuk maju ke hadapan menjayakan agenda politik yang dipikul.

Saya pula tak perlu undi sesiapa dalam hidup saya.

Saya catarkan hidup ikut mahu sendiri. Saya hidup ikut terma saya sendiri.

Terima kasih Tuhan kerana tak mentakdirkan saya ke laluan itu.

Lebih ironi sorenya (in the evening) saya jumpa crush lama . Waktu tu saya ke Kota Bharu dan tersuka seorang semek Kelantan.

Bila dah jumpa sore tu baru saya perasan dia taklah secantik yang saya fikir selama ini.

Nurul Izzah jauh lebih cantik. Presence Nurul Izzah lebih terasa walaupun duduk lebih jauh dari saya.

Nurul Izzah duduk sejarak 2 meter dari saya dan crush lama duduk sejangkau lengan dari saya.

Sekali lagi saya berterima kasih kepada Tuhan. Dia memang dah atur segalanya dengan cukup molek.

P/S – Saya tengah menekuni Your Erroneous Zone dan The Sacred Self oleh Dr Wayne Dyer.

P/P/S – Masukan ini diketik dari Restoran Paklong Corner Penanti milik Barista Paul Frank.