Ahmad Fadli KC : 05.2009 : Hari Minggu Buat Apa (Uncategorized)

“How did you spend your weekend” tanya kawan sekerja.

“How did I spend my weekend?…”getus saya dalam hati.

Sebenarnya masa nak jawab soalan tu, saya betul betul tak ingat apa saya buat hujung minggu lepas.

Malas nak ingat jugak. Saya cuma rajin ingat dan hafal kitaran ovulasi perempuan yang keluar dating dengan saya je sekarang ni.

Saya terus cuba ingat semula apa saya buat hujung minggu lepas. Dang! Saya balut 18 biji buku yang dah lama tak terbalut.

Tapi mana ada orang cakap dengan orang lain terutama kawan kerja ….. ”Last weekend I managed to wrap 18 books”

Sangat tak cool kan?

“Hangover kot minggu lepas…tu tak ingat tu…” sambung kawan sekerja dengan nada bergurau.

Dush ! Halo brader ! Kalo aku tak minum macam manalah nak hangover brader?

Sebenarnya bukan sekali dua saya alami situasi macam kat atas. Dan saya pun tak pernah kisah nak beritahu orang lain yang saya sebenarnya tak minum dan juga tak merokok.

Yeap, saya tak minum atau merokok. Sekarang saya bagi tahu pada semua pembaca blog ini.

Sebelum ini saya tak explain sebab saya percaya saya cuma perlu jawab apa-apa juga perangai saya dengan pertama, diri sendiri.

Kedua, Tuhan . Dan ketiga, ibu yang bersusah-payah mengandungkan saya 9 bulan. Yelah, ayah seronok lima minit kan. Ibu yang susah-susah mengandung.

Saya fikir,mungkin juga rupa boleh menipu. Memang lah saya seorang lelaki yang sunting telinga dan bibir tapi tak makna saya keluar bersosial tiap-tiap malam bila saya sunting di telinga dan bibir.

Kalau kita ke kedai nasi kandar, siapa tahu perempuan Melayu yang bertudung sopan dan pemalu tengah makan nasi dengan boyfriend dia  di meja sebelah tu sebenarnya pandai bagi boyfriend dia orgasm seluruh badan tiga kali berturut-turut bila berasmara. Siapa tahu kan? 

Dan siapa tahu jugak perempuan yang pakai baju singlet low-cut, nampak ekstrovert dan hisap rokok kat Starbucks tu sebenarnya tak pernah pun rasa nikmat orgasm selama ini dan bila berasmara tak keluarkan bunyi langsung kan? Siapa tahu kan?

Dan siapa jugak tahu yang lelaki sasa pakai singlet dan badan ketul-ketul sah-sah selalu pergi gym tu sebenarnya hardcore gay bottom. Siapa tahu kan?

Kebarangkaliannya pelbagai. Agak susah nak teka karakter orang sebenarnya.

Macam saya jugak. Saya suka ingat kitaran ovulasi perempuan yang dating dengan saya sebab saya sebenarnya malas bercukur dan untuk mudahkan komunikasi antara saya dengan mereka. 

Ada masa tertentu, kena kitarannya perempuan nak lelaki kat sebelah dia jantan betul. Jadi saya tak payah susah-susah bercukur. Biar je stubble halus kat atas bibir dan dagu tu tumbuh. Jadi macho macam Hugh Jackman.

Ada masa tertentu, perempuan nak lelaki sebelah dia bersih dan nampak feminin. Masa ni kenalah kemas licin cantik dan bercukur macam hero drama Korea.

Dan ada masa orang perempuan akan berserabut dan bermasalah tak tahu hujung pangkal. Masa tu kenalah tahan je kalau kena marah ke, tiba-tiba perempuan tu jadi sedih, dan lepas tu tiba-tiba murung dan kemudian gembira pulak.

Lepas ni kalau jumpa saya tak payahlah tanya apa saya buat hujung minggu lepas.

Saya tak ingat.