Ahmad Fadli KC : 04.2009 : Kasihnya Anda Kepada Saya (Uncategorized)
Saya sangat sangat seronok hari ini. Seronoknya ibarat keluar temujanji dengan orang yang suka sama kita. Seronok bukan?
Hari semalam blog ini dapat hit yang paling tinggi. Siapa lagi yang buat blog ini dapat hit yang tinggi kalau bukan anda semua. Pembaca tetap blog ini. Sebagai tanda terima kasih terimalah pantun ni dari saya
Ketam padi jerami tinggi,
Ketam batu balik ke pulau,
Kalau tiada tuan di sini,
Siapalah pula teman bergurau
Memang saya tulis untuk seronok-seronok tapi saya juga ada simpan cita-cita untuk jadi penulis sepenuh masa. Dan juga public speaker sepenuh masa. Satu hari nanti.
Komen-komen anda semua terus gerakkan saya jauh lebih ke hadapan.
Saya berharap blog ini terus jadi pilihan anda semua untuk relaks sekejap dalam 5 minit di pejabat.
Saya mahu anda semua tersenyum sendiri seronok dan santai baca blog ini.
Janji saya , saya akan pastikan blog ini sentiasa SFW (Safe For Work). Tiada grafik-grafik yang meragukan.
Dan kepada pembaca-pembaca senyap blog ini, silalah tinggalkan komen.
Atau hubungi saya di ahmadfad at gmail dot com.
Saya akan cuba sisakan masa untuk membalas e-mail anda atau jumpa anda . Sesi bertemu peminat 🙂
Saya belum cukup popular lagi untuk jadi terlalu sibuk 🙂