Ahmad Fadli KC : 04.2009 : Personaliti Bawang atau Personaliti Oren ? (Uncategorized)

Pembaca sekalian,

Personaliti bawang dan personaliti oren ini istilah yang saya cipta. Untuk mudahkan pengkelasan semata-mata.

Orang yang ada personaliti bawang ini macam bawang, dan kulit bawang. Bila kupas selapis, rupanya ada selapis lagi.

Kupas lagi selapis, ada selapis lagi. Berlapis lapis. Fokus saya dalam artikel ini adalah perempuan. Yeap,perempuan.

Perempuan personaliti bawang sangat sangatlah menarik. Apa yang nampak di luar bukan apa yang nampak di dalam.

Saya pernah bertemujanji/pacaran sama perempuan berpersonaliti bawang . Mereka ada kuasa “memukau” sampai saya tak sedar masa berlalu sangat cepat bila bersama mereka.  

Salah seorangnya, pegawai kerajaan yang waktu di kolej dulu suka ke gig indie band. Dia juga seorang perokok.

Orang yang baru kenal sekilas pandang akan rasa yang perempuan ini seorang yang sangat kasar dan blunt.

Tapi untuk saya yang kenal dengan dia agak intim setelah beberapa ketika rasa dia seorang yang sangat “putih”.

Walau pun dari luar sangat kasar, ada satu peristiwa berlaku waktu kami tengok cerita Two Weeks Notice lakonan Hugh Grant dan Sandra Bullock.

Ada satu scene di mana Hugh Grant, seorang ahli politik muda dalam cerita tu susah payah cari tandas dalam caravan kat tengah-tengah jambatan yang jammed untuk Sandra Bullock ,pembantu peribadi Hugh Grant dalam cerita tu.

Dan perempuan yang saya sebut tadi terpacul dari mulut dia ayat…

“Macamana perempuan tu tak jatuh cinta bila dia buat macam tu…”

Saya agak terkejut bila dapat tahu rupanya perempuan yang nampak kasar macam dia masih lagi hargai romantic gesture macam itu.

What you see is not what you get !

Mereka yang berpersonaliti bawang ni biasanya menarik sebab bergaul dengan ramai jenis orang, baca banyak jenis buku dan mungkin dah lawat banyak jenis tempat.

Ini bolehkan mereka bentuk satu world-view yang menarik dan tidak klise atau boring.

Sementara mereka yang personaliti oren pulak macam buah oren. Kupas, nampak isi terus dan makan.

Itu sahaja. Tak ada lapisan kedua atau lapisan ketiga.

Boring. Period.

Lain kali kalau saya ada temujanji dengan perempuan dan discover yang perempuan tu cuma seorang yang berpersonaliti oren, saya tahu apa saya perlu buat.

Saya akan cakap nak ke bilik segar diri sekejap. Saya akan pergi ke kaunter bayar bil makan (kalau tengah makan) dan terus balik ke rumah.

Dalam perjalanan saya akan SMS cakap terima kasih sebab sudi keluar dengan saya dan saya kena balik sebab kucing  saya bunting nak beranak.