Ahmad Fadli KC : 04.2009 : Hari Pekan Yang Bosan (Uncategorized)
Pertama sekali maaf kepada mereka yang ajak saya bertemu janji sosial dan tak saya penuhi.
Saya sekarang dalam keadaan sexual ennui dan tak ada mood untuk melalui ritual ritual temujanji bersama perempuan.
Tiada nafsu untuk bercumbu atau bersetubuh. Mungkin saya perlu ambil suntikan testoteron.
Walau pun begitu, dua minggu lepas saya ke Kuala Lumpur menghadiri program Speed Dating .Saya dapat enam padanan tapi saya tak buat follow up yang kemas dengan padanan yang saya dapat daripada program tersebut.
Mungkin saya perlu rehat seketika dari dunia temujanji. Dan lebihkan temujanji serta cumbuan bersama Tuhan.
Bumbu kreatif juga kurang dalam diri akhir-akhir ni. Mungkin juga saya perlu melalui kisah cinta atau patah hati yang hebat untuk mencambahkan ilham.
Hari ini bangun seputar jam 4 petang. Sejak dari pagi mendapat panggilan dari mantan. Mungkin nak berbual. Saya angkat tapi tiada suara. Nasib baik dia pernah berkongsi selimut dengan saya.
Kalau tak memang haram saya tak jawab. Sudah menjadi resam saya tak jawab panggilan telefon sebelum jam 12 tengahari hari Sabtu dan Ahad.
Ini sebab saya percaya di hari pekan orang akan bangun lambat. Bangun lambat kerana keluar bersosial malam sebelumnya, atau bayar hutang tidur sepanjang minggu bekerja, atau kerana malam sebelumnya penat berseronok di bawah selimut bersama teman setilam.
Ketiga-tiganya saya tak buat. Malam saya sebelumnya dihabiskan baca Midnight’s Children tulisan Salman Rushdie. Dan juga antologi cerpen Faisal Tehrani Kekasih Sam Po Bo.
Saya baru sahaja berjinak-jinak baca buku Salman Rushdie. Dan masih lagi bina stamina baca buku-buku fiksyen. Memang Salman Rushdie seorang tukang cerita yang hebat. Setiap watak terlukis rapi. Saya fikir Sheherazad juga mungkin sehebat Rushdie.
Saya minta teman serumah yang akan ke Singapore untuk beli The Satanic Verses tulisan beliau yang diharamkan di Malaysia. Malang, beliau tidak mahu beli kerana takut blasphemy. Cheh! Mungkin saya akan kirim dengan Jo.
Faisal Tehrani cerita-ceritanya berselirat dengan elemen agama. Tapi bahasanya indah dan damai. Baca tulisan beliau saya dapat perasaan yang sama baca sajak-sajak A Samad Said. Saya akan cuba untuk melahap semua tulisan kedua -dua penulis ini.
Usai makan di Nasi Kandar Pelita saya ke Borders Kedai Buku. Saya lihat-lihat buku buku tulisan John Steinbeck, F Scott Fitzgerald, Franz Kafka dan Salleh Ben Joned.
John Steinbeck diendorse A Samad Said, F Scott Fitzgerald dan Kafka diendorse oleh Haruki Murakami.
Saya juga sempat teliti sajak mantan girlfriend kepada mantan boyfriend mantan girlfriend saya. Seorang Cina yang menulis sajak dalam bahasa Melayu dan diterbitkan publishing house indie. Tidaklah bagus sangat sajak-sajaknya.
Keluar dari Borders saya ke Jusco beli alat tulis untuk saya guna di pejabat. Malas nak isi borang mintak approval sana-sini untuk dapat alatulis. Beli sendiri lebih senang. Senang nak guna untuk keperluan peribadi juga.
Dalam nak balik macam terdengar ada orang menyanyi di sayap utama gedung beli-belah.
Tengok-tengok Tengku Anis Suraya yang menyanyi. Lepas Anis Suraya , Saleem Iklim menyanyi. Lagu yang dibawa bertajuk Cinta Tiga Segi.
Liriknya agak syahdu ditambah dengan melodi yang mendayu-dayu didendangkan Saleem.
Cinta Tiga Segi
Setahun sudahku menunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Susahnya untuk kumelupakanmu
Kerna kau kucintai selalu
Tapi sayang kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan akulah penawar dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju
Andai kau pinta ‘tuk melepaskan dirimu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini satu pengajaran di dalam percintaan
Walau pun saya baru berjinak baca novel-novel yang saya sebut di atas dan mesra dengan lirik-lirik lagu yang puitis, saya taklah sepanjang masa bergomol dengan buku-buku sastera semata.
Kebanyakan masa saya habiskan dengan melayari Internet dan memikat perempuan di kompleks membeli-belah dan tepi jalan.
Saya tidak begitu menyumbang kepada masyarakat. 😉
Cuma azam saya untuk lebih banyak membaca sekarang ini.