Ahmad Fadli KC : 03.2009 : Wanita-wanita Istimewa Dalam Hidup Saya. (Uncategorized)
Ada 3 orang.
2 orang umur 27 tahun sekarang dan seorang umur 23 tahun tak lama lagi.
Masing masing ada karakter tersendiri yang membuatkan saya pernah jatuh cinta kepada mereka.
Yang pertama namanya Munirahwati. Girlfriend pertama di universiti. Satu pusat pengajian dahulunya dengan dia nih.
Apa yang istimewa dengan Munirah ni? Dia suka kat saya waktu saya cuma seorang pejalan kaki di USM. Dia masih suka kat saya waktu saya cuma seorang penunggang motosikal Honda C70.
Orangnya sangat kecil. Saya tinggi 178 cm dan dia cuma setinggi bahu saya. Dia suka bagi kad dekat saya tak kiralah samada hari jadi ke, hari exam ke, atau tak ada hari apa apa pun.
Sampai sekarang saya masih lagi berhubung dengan dia. Walau pun bukan lagi sebagai kekasih . Sebab dulu dia kekasih saya dan dah jadi sebahagian daripada rakaman hidup saya, pastinya saya sentiasa akan mengenang budi baik dia mengasihi saya sebagai teman lelakinya dulu.
Yang kedua, Zetty. Zetty adalah seorang yang sangat witty. Bantering dengan Zetty sangat menyeronokkan dan membuatkan saya rasa bagus dengan diri saya. She has a really good command of English and comes from a good family.
Dan saya juga suka dengan deria fesyen Zetty ni. She is the total epitome of simple yet sexy. Dia mampu untuk cuma pakai t-shirt dan seluar khaki tetapi tetap tampil menarik dan memukau.
Yang ketiga, Fauziah. Matanya bulat hidung mancung. Sangat sangat suka dengan Hello Kitty punya barang-barang tapi low maintenance.
Fauziah ni adalah tunggak kekuatan saya waktu saya menghabiskan tahun tahun akhir di universiti. Dia banyak bagi dokongan emosi kepada saya waktu saya berkrisis dengan teman satu kursus yang ada masalah ketagihan ganja.
Dia juga seorang yang sangat tech-savvy berbanding saya. Telefonnya sentiasa lebih canggih berbanding saya.
Dan pipinya juga sangat gebu dan lembut. Muka sentiasa bersih tanpa cela mekap.
Seandainya saya ada RM60 ribu dalam ASB, saya pasti akan pinang ketiga-tiga mereka menjadi isteri saya.
Dan kepada mereka yang pernah terlibat dengan saya secra romantik tapi namanya tak disebutkan di sini, anda belum cukup memberikan sumbangan kepada hidup saya walaupun kita pernah berkongsi kucupan Perancis.
Jangan marah !