Ahmad Fadli KC : 02.2009 : Kekasih Ibarat Kerja (Uncategorized)

Bila mula dapat kerja, kita begitu semangat nak impress boss kita.

Kita belajar semua aspek kerja, kita mahirkan dengan semua tugasan rutin kerja.

Lama-lama bila dah mahir, kita dah tahu suma kerja, kita pun dah tahu prioritise kerja kita.

Kerja yang dulu nampak susah sekarang dah jadi senang. Kita amik masa yang singkat je nak buat sesuatu kerja tapi boss tetap puas hati.

Bila kita bertukar kerja, boss lama pasti akan kita masukkan sebagai bukti kita pernah bekerja dan menjadi pekerja yang baik.

Kemungkinan besar boss baru akan kontak boss lama untuk rujukan.

Sama jugak macam bercinta.

Mula mula kita ambil masa untuk faham individu yang lagi satu.

Then by time, kita faham dan tau sikit sebanyak apa yang dia suka dan tak suka.

Dan ada masanya kita perlu bergerak ke arah lain dan meninggalkan kekasih itu.

Tinggalkan kekasih anda lebih baik daripada sewaktu anda mula-mula bersama mereka.

Seperti juga majikan, jangan bakar jambatan yang membantu anda menyeberang.

Dan pastikan seandainya kekasih baru anda minta untuk hubungi kekasih anda yang lama¬†sebagai “rujukan”, anda tiada masalah.

¬†Anda dengan lapang hati memberikan nombor kontak kekasih lama anda sebagai bukti anda dahulunya adalah “pekerja” yang baik.

Saya pasti saya akan cuba untuk sentiasa menjadi seorang pekerja yang baik tanpa mengira samada saya datang cepat atau datang lambat :-D