Ahmad Fadli KC : 02.2009 : Saya suka Que Haidar ! (Uncategorized)

Yeap, saya suka Que Haidar !

Sebab dia dapat pikat Linda Jasmine cikgu tarian Akademi Fantasia yang cantik dan seksi itu.

Dan kahwin dengan Linda Jasmin.

Yeap,saya suka perempuan cantik. Kecantikan adalah satu bentuk tenaga.

Perempuan yang cantik di sisi saya akan memberikan saya satu bentuk tenaga untuk saya terus maju ke hadapan dalam hidup.

Maka, teman-teman wanita saya perlulah cantik. Kerana saya akan membekalkan mereka tenaga maskulin saya supaya mereka rasa lebih damai bahagia dan tenang dalam hidup seharian.

Dan mereka pula akan memberikan saya tenaga feminin mereka untuk saya jadi lebih fokus dalam tujuan hidup saya.

Dan perempuan matang seperti Linda Jasmin juga biasanya mempunyai kurang isu yakin diri seperti wanita muda yang secantik beliau.

Ah,Linda Jasmin Linda Jasmin…

Que Haidar, kalau anda buat kelas “Langkah Demi Langkah Memikat dan Berkahwin dengan Wanita Matang Yang Cantik dan Seksi” , saya orang pertama yang akan mendaftarkan diri.